Selamat Datang Ke I.D.I. Driving Institute Sdn. Bhd. - Tapak Ujian & Latihan Memandu -
   
 

Tel : 04- 3981818 / 04- 3332828
Fax : 04-3985828/ 04-3324969
Email : ididriving@idi.com.my 
Website : www.idi.com.my

 
Icon Icon Icon

 

 

Lesen Memandu

 

 

 

 

 

  • Terdapat lima jenis lesen memandu utama di Malaysia iaitu Lesen Memandu Pelajar (LDL)

  • - Lesen Memandu Pelajar (LDL)
    Diperolehi pelajar sekolah memandu. Lesen ini hanya membenarkan pemegang lesen mengendalikan kereta yang memaparkan plat L yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. Bagi pemegang lesen pelajar motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng. Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun. Selepas tempoh tamat 2 tahun, pemegang lesen perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.

    Dokumen yang diperlukan :

  1. 1) Borang JPJ L1 
    2) Kad Pengenalan/Pasport (asal/salinan).
    3) Sijil Kursus Teori dan Amali 6 jam (JPJL2B)
    4) Kad Penetapan Ujian Memandu JPJL3.
    5) Sijil/Slip Keputusan Ujian Bahagian 1.
    6) Gambar warna 1 keping (25 mm x 32 mm).
    7) Surat permohonan pengecualian Sijil JPJL2B (jika telah memiliki Lesen Memandu Kelas B2 )
    8) Kad Pendaftaran Kenderaan sendiri atau dengan kebenaran tuan punya kenderaan bagi permohonan 
       dari calon cacat (jika tidak memiliki kenderaan sendiri)

  • - Lesen Memandu Percubaan (PDL)
    Diperolehi pemandu baru yang lulus kesemua prosedur pelajaran dan ujian memandu. Pemandu baru tertakluk kepada sistem mata demerit 10 mata KEJARA, di mana mata ditolak mengikut jenis kesalahan trafik. Lesen akan dibatalkan sekiranya pemegang lesen percubaan mengumpul 10 mata demerit. Pemandu percubaan wajib melekatkan plat lesen percumaan (ditandakan dengan huruf P besar berwarna putih di dalam latar belakang merah berbentuk segiempat sama) pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan. Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten penuh selepas 2 tahun, dan tempoh selang selama setahun diberikan untuk menaiktaraf lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.

  • - Lesen Memandu Kompeten (CDL)
    Lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun. Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereta digantung atau dibatalkan. Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.

  • - Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial
    Lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bas dan lori, dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

  • - Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
    Lesen memandu antarabangsa untuk membolehkan pemandu Malaysia memandu di luar negara.


Kelas Lesen Memandu :

Terdapat beberapa kelas lesen memndu iaitu :
( Anda boleh klik jenis-jenis lesen di bawah untuk melihat gambaran yang lebih jelas )

A   - Kenderaan orang cacat 
B   - Motosikal melebihi 500 cc 
B1  - Motosikal tidak melebihi 500 cc 
B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc 

C   - Motosikal roda tiga 

D   - Kereta

E   - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg 
E1   - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg 
E2  - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
F   - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg 
G   - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg 
H   - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg 

I    - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak
5000 kg


Lesen Memandu Vokasional :

( Anda boleh klik jenis-jenis lesen di bawah untuk melihat gambaran yang lebih jelas )

GDL ( Goods Driving License ) 
- Lesen Memandu Kenderaan Yang Membawa Muatan Barang-Barang 
- Lori atau Van Berat Tanpa Muatan tidak melebihi 3000 kg 
- Lori Bersendi Berat Tanpa Muatan Melebihi 7500 kg ( lori treler ) 

PSV ( Public Service Vehicle ) 
- Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam
- Van Penumpang / Bas Mini 
- Teksi / Teksi Mewah / Kereta Sewa 
- Bas Berat Tanpa Muatan melebihi 7500 kg

Had Kelayakan Umur Untuk Mendapatkan Lesen Memandu :

B       - Berumur 17 tahun dan keatas 
B2      - Berumur 16 tahun dan keatas 
D       - Berumur 17 tahun dan keatas 
E       - Berumur 21 tahun dan keatas 
        - Memiliki lesen kelas D kompeten selama 1 tahun 
GDL    - Berumur 21 tahun dan keatas 
        - Memiliki lesen sekurang-kurangnya kelas D kompeten 
PSV   - Berumur 21 tahun dan keatas 
 

Simbol Lalu Lintas :

Garis Panduan Pemanduan Lalu Lintas :

1.      Sesuaikan kelajuan berdasarkan keadaan kenderaan, pemandu, cuaca, penglihatan dan lalu lintas 
2.     Patuhi peraturan jalan raya dan papan tanda keselamatan 
3.     Tumpukan perhatian kepada jalan raya 
4.     Jangan tergesa-gesa, tunggu dulu jika tidak pasti 
5.     Rancang perjalanan lebih awal 
6.     Tunjukkan niat anda dengan menggunakan isyarat yang betul 
7.     Mahirkan diri anda dengan kenderaan yang digunakan 
8.     Sentiasa berwaspada ketika di persimpangan 
9.     Bersopan-santun atau bertolak ansur terhadap pengguna jalan raya lain pada setiap masa 
10.    Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat
       persinggahan yang disediakan 
11.     Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan 
       yang serius 
12.    Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya 
       sebelum memulakan perjalanan 
13.    Didalam hujan lebat memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan nyalakanlah lampu 
       kenderaan dan (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan, lampu isyarat kecemasan adalah bagi 
       kenderaan yang berhenti sahaja) 
14.    Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak 
15.    Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu

 

Tips- Tips semasa ujian JPJ berlangsung :

 - Sebelum memulakan pemanduan di jalan raya : 
1) Membetulkan tempat duduk 
2) Membetulkan cermin sisi kanan/ kiri dan pandang belakang 
3) Memakai tali pinggang 
4) Membetulkan kedudukan gear sebelum menghidupkan enjin kenderaan 
5) Memeriksa lampu signal kanan/ kiri dan pencuci cermin

 - Semasa memandu di atas jalan raya : 
1)   Berhenti di Persimpangan : 
    Berhenti 2 meter belakang garisan. Tarik brek tangan. Beri signal ke arah hendak di belok. Pasti tiada
    kereta datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum gerak. 
2)  Memandu di Jalan Raya : 
    Memandu dekat sekolah had laju 30 kmj. Di jalan raya, had laju purata 60 kmj. Pastikan anda mengawal 
    kawal stereng dengan baik dan beri laluan kepada kenderaan dan pengguna lain. 
3)  Memandu di garisan dua (Double Line) : 
    Jangan potong di garisan berkembar atau di selekoh. 
4)  Memandu di Lampu Isyarat : 
    Anda hendaklah mematuhi lampu isyarat dan pastikan keadaan selamat jika isyarat lampu bertukar hijau
    sebelum anda memulakan perjalanan. 
5)  Kawalan Stereng : 
    Kedudukan stereng di berposisi pukul 10 dan 2. Anda tidak dibenarkan memegang stering bersilang. 
    Jangan guna sebelah tangan ketika memandu. Hanya apabila pertukaran gear sahaja dibenarkan

    ketika sesi ujian

 

Etika Pakaian Yang Seharusnya Di Patuhi Oleh Bakal Calon Pemandu di I.D.I. :

 

Para pelajar I.D.I. diwajibkan mengikuti etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ. JPJ telah mengeluarkan surat pekeliling supaya semua calon hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak berunsur negatif semasa mengikuti kursus, ujian undang-undang, belajar dan semasa ujian JPJ. Oleh itu, para pelajar I.D.I. hendaklah mengikuti cara pemakaian tersebut dibawah:

 

Untuk Calon Lelaki:- 
- Baju hendaklah berkolar dan berlengan
- Seluar panjang 
- Kasut Bertutup (Sandal tidak dibenarkan)
- Pakaian Mestilah Kemas 
- Dilarang memakai topi


Untuk Calon Perempuan:- 
- Berpakaian kemas (Tidak menjolok mata)
- Berlengan dan tidak terlalu singkat 
- Kasut Bertutup (Sandal tidak dibenarkan)
- Kain/ Skirt Mestilah menutupi paras lutut atau seluar mesti panjang

 

*** Semua calon yang terlibat HARUS mematuhi etika pemakaian seperti di atas. Terima Kasih.

 
 
Ingin belajar memandu dan memiliki lesen memandu? Jom sertai kami, hanya di I.D.I. DRIVING INSTITUTE SDN. BHD., anda boleh hubungi kami di talian
04-3332828 atau 04-3981818. Terima Kasih



Sila lawati dan like facebook institut memandu kami.

https://www.facebook.com/pages/IDI-Driving-Institute-Sdn-Bhd/488998774506949
Anda juga boleh layari blog atau wordpress institut memandu kami untuk keterangan lanjut. http://ididriving.blogspot.com/ atau http://ididriving.wordpress.com/
*Ujian Memandu JPJ pada setiap hari JUMAAT sahaja
Jawatan Kosong
Maaf buat sementara waktu kami tidak mempunyai sebarang jawatan kosong.
Terima kasih kerana melayari website institut memandu kami dan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, anda boleh terus hubungi kami di talian
04-3332828 , 04-3981818
Terima Kasih.
I.D.I. Driving Institute Sdn. Bhd.
Copyrightę 2014 by I.D.I.DRIVING INSTITUTE SDN. BHD. | Tel: 04-3981818, 04-3332828 | Email : ididriving@idi.com.my
 

 

Ikuti Kami Di :
 
Pautan Laman Web :
 
Buletin Terkini